Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Blog yang sudah berlapuk dan berhabuk tebal neh akhirnya dapat dihidupkan semua di atas dasar kesedaran yang melampau lampau dalam diri. Dan juga rasa rindu kepada semua ahli keluarga sama ada yang jauh mahupun yang dekat.

Jadi, sepanjang beberapa tahun blog neh menyepi, telah banyak perkara dan peristiwa dan hal dan kejadian yang telah berlaku dan berlangsung. Tempatnya were all random. Happened almost everywhere. Antara yang terbesar dan bermakna yang diingat adalah majlis merisik dan jugak majlis pertunangan Kak Ecah iaitu pada 10hb Julai 2010 bersama dengan pilihan hatinya, Po'Bear.

Acara yang berlangsung sangatlah meriah. Dengan bertemakan hijau pucuk pisang, Kak Ecah nampak cantik sikit daripada hari-hari kebiasaannya. Tidak kurang juga makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang turut sama menggayakan pakaian yang merelap merelip. Macam wow wow vouge la gitu. Ha-ha!

Kejadian sotong hancur menjadi kenangan pahit bagi Cik Nab dan orang rewangnya. Salah siapa masih menjadi tanda tanya. Namun, segala yang terjadi dihadapi dengan tabah. Diharap perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.

Jadi, marilah sama-sama kita harapkan agar Kak Ecah dan Po'Bear cepat kahwin dan menimag cahaya mata sendiri. Dan, semoga Kak Ecah lebih lembut, lebih rajin, lebih tenang, lebih bergaya, dan kurangkan bercakap setelah berkahwin kelak. InsyaAllah. Amin.

So, who will be next? Mungkin Hajar? Ha-ha! Ataupun Azizah? Atau mungkin Adam? Siapa tahu?

Sama-sama lah kita tunggu dan lihat.

Di kesempatan neh, Hajar nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli keluarga tak kira di mana juga anda berada. Semoga Ramadhan kali neh membawa sejuta keinsafan dalam diri kita. Semoga hubungan silaturrahim sesama kita sentiasa terjalin erat sehingga ke akhirnya. InsyaAllah. Amin.

P/S: Gambar-gambar semasa majlis pertunangan Kak Ecah akan diupload kemudian. Nantikannya!

Wasalam.

0 comments:

Perhatian Semua !

Kepada sesiapa yang nak buat ape-ape pengumuman atau nak post ape-ape, sila dapatkan username dan password untuk blog ini. Harap maklum. Terima kasih. Selamat berpuasa! With